putih

Wednesday, November 21, 2012

Pertahanan regim Israel..

Israeli soldiers stand near the Iron Dome, a new anti-rocket system, stationed near the southern city of Beersheba, Israel, March 27, 2011. The Israeli Defense Force deployed the $200 million Iron Dome system in response to dozens of rockets fired by Palestinian militants from Gaza in the past weeks. The Iron Dome is meant to protect Israeli towns from rockets fired from Gaza. UPI October 23, 2012)                  

Monday, May 29, 2006

US policy in Southeast Asia: Fortifying the Foundation

US policy in Southeast Asia: Fortifying the Foundation
A Report and recommendations from the SEA in the 21st Century
Issues and options for the Us policy initiatives.

The Stanley Foundation,2003 -2005

Recommendations

  • Create the ribbon national comission on visa policy to assess the impact that post 9/11 changes in visa regulations have had on relations with the muslim world.
  • Provide training to transportation security administration workers and other port of entry official on Islamic culture and muslim world.
  • Include a broder spectrum of southeast asian muslims in public diplomacy initiatives.
  • Promote dialogue between american muslim intellectuals and their southeast asian counterparts.
  • Facilitate intra musim networks and dialoques in southest asia behind the scenes.

Assistance will be channeled through respected NGOs

  • Link counter terrorism and democracy promotion efforts in US policy in southeast Asia.
  • Continue to make distinctions between international and local conflicts.
  • Take southeast asian concerns about the development “root causes “ of terrorism more to heart in US policy.
  • Consider the impact on osutheast asian muslims view of US actions in other areas of the Islamic world.
  • Help increase the odd that Indonesia democracy will succeed.

China treat to US policy

  • China close realtionship with asean
  • Trade is ascalating close to US.

To balance China to the region and protecting US interest;

  • Avoid making SEA choose between Washington and Beijing
  • Support economic intergration in SEA by accelerating trade policies in the region.
  • Support SEA in developing stronger financial infrastructure to help cushion the region in the event of currency crisis.
  • Shore up bilateral ties with SEA poorers countries to help them avoid becoming overly dependent upon a single power.
  • Consider tringular cooperation among SEA, US and China to address transnational threats to the region.
  • Take more active role in subregional projects in SEA development program.
  • Make the most of US administration and diplomatics visits to the region.
US and ASEAN

  • Position US Embassy at large for Asean.
  • US –Asean Summit.
  • ARF separate with Asean.
  • ZOPFAN ( Zone of Peace, Freedom and Neurality) dialoque.
  • Cultivate realtions with the younger Asean generations through educational initiatives and leadership exchange.
  • Create Asean Lobby to help educate Congress on US asean policy issues.

DEMONSTRASI – BENARKAH IA SUATU TINDAKAN BODOH?

Aktiviti berdemonstrasi (tunjuk perasaan) atau perarakan di jalan-jalan, berkumpul di luar bangunan atau kawasan terbuka dengan membawa sepanduk yang merupakan manifestasi dari rasa tidak puas hati berkenaan sesuatu perkara nampaknya semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Secara sepintas lalu, ia menunjukkan sifat prihatin rakyat terhadap isu-isu semasa yang menyentuh sensitiviti mereka.

Minggu lepas kita telah dikhabarkan oleh media-media massa mengenai demonstrasi yang dilakukan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri mereka sebagai Badan Anti IFC (Suruhanjaya Antara Agama) atau BADAI yang dianggotai oleh beberapa NGO. Seramai lebih kurang 500 orang telah berdemonstrasi membantah forum bertajuk `Perlembagaan Persekutuan : Perlindungan Untuk Semua' di hadapan Hotel Cititel, Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Aliran dan Article 11, yang dianggotai oleh 14 NGO termasuk Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All Women's Action Society (AWAM) [Utusan Malaysia 15 Mei 2006]. Tindakan demonstrasi yang dilakukan oleh BADAI itu telah menimbulkan reaksi yang negatif dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan menyifatkannya sebagai salah dan bodoh. "Jika anda bantah dan adakan demonstrasi ketika orang berbincang, ia tindakan bodoh. Saya tidak takut menggunakan ayat itu", katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Pakar-pakar Antarabangsa Mengenai Hak Asasi Manusia di Sisi Islam (MIEHRI) di Kuala Lumpur. [Utusan Malaysia 16 Mei 2006].
Dilihat dari sudut sejarah, demonstrasi sebenarnya telah lama menular ke negara ini, semenjak Tanah Melayu dijajah oleh British lagi. Ketika itu, kuasa pemerintahan dipegang sepenuhnya oleh British yang menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat. Rakyat, khususnya orang Melayu bangkit untuk menentang penjajah. Kebangkitan mereka dimanifestasikan oleh tindakan demonstrasi untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada British. Para pejuang nasionalis Melayu sebelum zaman merdeka telah beberapa kali melakukan tindakan demonstrasi dan antara yang terbesar adalah demonstrasi yang dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar, pada 10 Februari 1946. Dianggarkan seramai 15,000 orang Melayu telah berhimpun menentang penubuhan Malayan Union, di Batu Pahat, Johor. Ini telah menjadi titik tolak kepada beberapa siri demonstrasi orang Melayu, khasnya ahli UMNO selepas itu dalam menentang penjajahan British di Tanah Melayu sehingga berakhirnya penjajahan pada 31 Ogos 1957.
Amat tidak wajar jika kita membuat kesimpulan bahawa demonstrasi yang telah dilakukan ini suatu tindakan bodoh. Adakah pemimpin-pemimpin (khasnya UMNO) dan rakyat yang telah berjuang dengan melakukan demonstrasi untuk mendapatkan kemerdekaan dari British ini telah melakukan suatu kebodohan? Walaupun demonstrasi itu telah dilakukan 'secara haram' (kerana British pada waktu itu tidak memberi permit untuk rakyat mengadakan demonstrasi), tetapi pemimpin dan rakyat pada waktu itu tidak pernah beranggapan ia adalah suatu kebodohan, malah sebaliknya. Walaupun perhimpunan adalah 'haram', rakyat tetap bangkit dan berdemonstrasi tanpa memperdulikan 'keharamannya'. Inilah sejarah yang tidak dapat kita nafikan.
Definisi Demonstrasi

Demonstrasi sebagaimana yang disebutkan dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain. Inilah definisi yang menjadi topik perbincangan kita.

Daripada definisi itu sendiri, kita dapat fahami bahawa demonstrasi tidak membawa apa-apa konotasi yang negatif, apalagi yang menjurus kepada kesalahan. Demonstrasi pada hakikatnya merupakan salah satu cara untuk menampakkan aspirasi ataupun pendapat (ta'bir ar-ra'yi) masyarakat secara berkumpulan. Namun demikian, apa yang lebih penting bagi kita sebagai umat Islam adalah untuk memandang pengertian demonstrasi dari perspektif Islam. Secara umum, aktiviti menampakkan aspirasi atau pendapat di dalam Islam adalah perkara yang dibolehkan (mubah). Hukumnya sama seperti kita mengungkapkan pandangan atau pendapat tentang suatu perkara, cuma dalam hal ini ia dilakukan oleh sekumpulan orang.

Di dalam pengistilahan bahasa Arab, demonstrasi boleh dibahagikan kepada dua:

1) Demonstrasi Liar (Muzhaharah) : iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Muzhaharah ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.

2) Demonstrasi Aman (Masiirah) : iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan (Masiirah) ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.

Hukum Demonstrasi Menurut Islam

Demonstrasi Liar (Muzhaharah) jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Ini kerana, di dalam melakukan demonstrasi, ia disertai dengan beberapa aktiviti yang diharamkan seperti mengganggu lalu-lintas, menghancurkan, merosak atau membakar harta benda, mengganggu ketenteraman awam dan sejenisnya. Tidak kurang pula, Muzhaharah ini mengakibatkan rusuhan, pergaduhan, perkelahian, penganiayaan, bahkan pembunuhan. Pengharamannya didasarkan pada fakta bahawa di dalam demonstrasi ini terdapat sejumlah tindakan yang diharamkan oleh Islam.

Sementara itu, Demonstrasi Aman (Masiirah) adalah satu bentuk demonstrasi yang dibolehkan/diharuskan (mubah). Ini berdasarkan kenyataan bahawa ia dilakukan dengan tertib dan aman, dengan memperhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', termasuk berkaitan dengan pendapat atau aspirasi yang disampaikan; ia dilakukan tanpa kekerasan, tidak mengganggu lalu-lintas dan hak-hak umum, tidak membakar, merosak dan menghancurkan barang-barang milik umum, negara atau individu. Oleh yang demikian, Masiirah ini jelas-jelas diperbolehkan oleh Islam.

Perlu difahami bahawa Islam memandang Masiirah sebagai salah satu cara (uslub) di antara berbagai cara pengungkapan aspirasi atau pendapat dan bukan sebagai method (thariqah) di dalam melakukan proses perubahan masyarakat. [Method/Thariqah adalah suatu yang wajib diambil oleh umat Islam di dalam mencontohi Rasulullah. Contohnya, thariqah Rasulullah berdakwah secara aman dan tidak menggunakan kekerasan di dalam menegakkan Daulah Islam. Sedangkan uslub adalah suatu yang boleh berubah-ubah dan pelbagai sifatnya asalkan tidak bertentangan dengan hukum syara']. Apabila keadaan memerlukan, Masiirah boleh dan patut dilakukan dan sebaliknya jika tidak, patut ditinggalkan. Hal ini sesuai dengan hukum kemubahannya.

Jika kita teliti sirah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam, baginda tidak pernah menjadikan dan menggunakan demonstrasi aman sebagai thariqah mengubah masyarakat Jahiliyyah di kota Makkah menjadi masyarakat Islam. Namun begitu, baginda pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khaththab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah mengambil satu cara yang tidak pernah dilakukan oleh masyarakat Jahiliyyah pada ketika itu di dalam rangka menjalankan perintah Allah yakni menzahirkan Islam dengan berdakwah secara terang-terangan. Masiirah ini juga dilakukan oleh baginda untuk menzahirkan kutlah (kelompok) kaum Muslimin yang selama ini telah ditasqif (dibina) oleh baginda secara sembunyi-sembunyi khasnya di rumah Al-Arqam ibnu Al-Arqam.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia. Peristiwa ini sangat terkenal di dalam sirah kerana ia telah menjadi asbab kepada turunnya Surah Al-Lahab di mana Allah telah melaknat Abu Lahab. Perbuatan Rasulullah di dalam menghimpunkan kaum Quraish tadi sememangnya telah dikeji dan diperbodohkan oleh Abu Lahab, dengan berkata "Celakalah engkau wahai Muhammad, adakah semata-mata kerana ini engkau telah menghimpunkan kami?". Inilah kata-kata yang telah menyebabkan Allah Subhanahu wa Ta'ala melaknat Abu Lahab. Wahai kaum Muslimin! adakah kita sanggup untuk mengatakan bahawa semua tindakan Rasulullah dalam berdemonstrasi secara aman itu sebagai suatu tindakan bodoh, sebagaimana Abu Lahab? Na'uzubillahi min zalik.

Demikianlah perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan oleh Rasulullah yang menjadi petunjuk yang jelas kepada kita bahawa Masiirah dibenarkan oleh Islam. Peristiwa ini merupakan dalil kepada kita bahawa kaum Muslimin dibolehkan menghimpun umat manusia (samada dalam bentuk forum, seminar, Masiirah dan sebagainya) dalam rangka untuk menegakkan Deen Allah.

Demonstrasi Islam –vs- Kapitalis & Sosialis

Islam meletakkan demonstrasi aman sebagai uslub untuk menjelaskan aspirasi dan pendapat. Kedudukan ini amat berbeza sekali dengan pandangan masyarakat Kapitalis atau Sosialis (termasuk di dalamnya Komunis) yang menganggap demonstrasi (samada aman atau liar) sebagai salah satu thariqah dalam melakukan perubahan masyarakat. Bagi masyarakat kufur ini, demonstrasi adalah sebagai proses perubahan masyarakat ke arah yang mereka inginkan. Oleh karena itu, mereka tidak ada peraturan di dalam melakukan demonstrasi. Banyak sekali kejadian di mana mereka sering menimbulkan ketidaktenteraman, merosak, menghancurkan, membakar harta benda dan lain-lain bentuk kemusnahan demi mencapai matlamat dan objektif mereka. Bukti-bukti kepada perkara ini amat jelas dan banyak sekali di mana kita dapat lihat hampir setiap hari di kaca TV mahupun di dada-dada akhbar tentang demonstrasi liar yang dilakukan oleh kaum kafir ini di dalam menuntut apa yang mereka inginkan.

Berlandaskan kepimpinan berfikir (qiyadah fikriyyah) seperti inilah, masyarakat kufur samada Kapitalis atau Sosialis membangun cara hidup mereka. Berasaskan idea 'kebebasan', mereka merasa berhak melakukan apa sahaja untuk menunjukkan rasa tidak puas hati. Dengan kata lain, kaedah yang mereka gunakan semasa berdemonstrasi ialah 'matlamat menghalalkan segala cara'.

Sebagaimana yang telah dijelaskan, demonstrasi liar seperti yang dilakukan oleh golongan Kapitalis atau Sosialis adalah diharamkan di dalam Islam. Islam mengharamkan menumpah darah sesama manusia kecuali dengan hak. Harta benda yang dimiliki oleh seseorang haram diambil atau dirampas oleh orang lain kecuali dengan hak. Kehormatan setiap orang haram dicabuli atau dirampas oleh orang lain. Syariat Islam menjaga ketiga-tiga perkara tersebut dengan sempurna. Mana-mana individu atau pemerintah yang melakukan pencerobohan terhadap tiga perkara ini akan dikenakan hukuman sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Islam tidak mengenal prinsip dan kaedah 'matlamat menghalalkan cara' (al-ghaayah tubarriru al­-wasilah), sebagaimana yang dianuti oleh masyarakat Kapitalis atau Sosialis. Tindak-tanduk seorang Muslim samada sebagai individu atau sebahagian dari anggota masyarakat ataupun sebagai penguasa wajib terikat dengan syariat Islam. Di dalam mengungkap aspirasi atau pendapat dengan cara berdemonstrasi mahupun dalam melakukan proses perubahan masyarakat, kaum Muslimin terikat dengan apa yang Rasulullah telah tunjukkan. Demonstrasi mestilah dilakukan dengan cara yang aman.


LAPORAN KHAS ISU PENYERAGAMAN RANG UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2005

MUQADDIMAH


Perdebatan isu pembentangan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2005 di Parlimen mengundang polemik hangat berikutan bantahan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen serta Senator Wanita di Dewan Parlimen termasuk NGO wanita yang dikenali sebagai Gabungan Kumpulan Bertindak Wanita (JAG) terhadap beberapa peruntukan baru di dalam undang-undang tersebut yang dikatakan tidak adil terhadap wanita. Perdebatan berlanjutan sehingga ke luar dewan dan pelbagai pihak telah tampil dengan pandangan serta pendirian masing-masing berhubung dengan isu tersebut.

PENDIRIAN SERTA PANDANGAN KEMENTERIAN YANG TERLIBAT

1. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT DATUK SERI SHARIZAT JALIL

Di dalam kenyataan medianya, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata rang undang-­undang tersebut akan diperhalusi sernula untuk memberi keadilan kepada lelaki, wanita, kanak-kanak dan keluarga..

Kementerian ini telah memberi pandangan bahawa selepas usaha penveragaman Rang Undang-undang keluarga Islam ini selesai, JAKIM perlu memperbaiki model (undang-undang Keluarga Islam supaya tidak berlaku penindasan dan diskriminasi terhadap wanita.

Pindaan hanya akan dilakukan selepas undang-undang mengenai keluarga Islam dan perkara yang bersangkutan dengan perundangan hal ehwal Islam diseragamkan di antara negeri/-negeri..

Masanya sudah tiba untuk melihat semula undang-undang syariah secara lebih menyeluruh untuk masa depan. Apa yang penting sekarang ini ialah perlaksanaannya kerana ia mesti mengikut semangat sebenar-benarnya dalam syaiah. “- UTUSAN MALAYSIA 23 DISEMBER 2005

2. MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATUK DR. ABDULLAH MD. ZIN

“Orang ramai perlu memahami tafsiran tertentu Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan,) (Pindaan) 2005 yang akan dllaksanakan, bagi mengelakkan daripada dikatakan mendiskriminasikan kaum wanita. “-UTLISAN MALAYASIA 23 DISEMBER 2005

3. PERDANA MENTERI MALAYSIA DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

“Sections of the controversial Islamic Family Law bill which the Cabinet has acknowledged as being unfair to Muslim women will be amended. PM said the cabinet had decided that amendments to the Islamic Family Law (Federal Territories) (Amendment) Bill 2005 could still be made to rectify any shortcomings.” THE STAR, 23rd DECEMBER, 2005


EVOLUSI PROSES PENYERAGAMAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

Sejak sedekad yang lalu, pelbagal polimek timbul akibat ketidakseragaman undang-undang Islam di Malaysia menyebabkan plhak-pihak yang terlibat tampil memberikan pandangan bahawa sudah tiba masanya sebuah undang-undang Islam yang seragam dilaksanakan di Malaysia bagi membendung isu-Isu diskriminasi dan ketidakadilan yang berlaku khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak. Susulan daripada cadangan tersebut, maka Majlis Raja-Raja telah bersidang dan bersetuju dengan penyeragaman undang-undang keluarga Islam untuk dijadikan sebuah akta/enakmen yang seragam di seluruh Negara.

Negeri-negeri yang telah menerima serta melaksanakan undang-undang seragam tersebut adalah Kelantan (negeri yang pertama membuat pindaan),Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan yang terkini adalah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Manakala negeri-negeri lain laitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu masih belum menerima undang-undang seragam tersebut.

Rang Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Pindaan) 2005 tersebut perlu diluluskan di peringkat Sidang Dewan Negara untuk diseragamkan sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh negeri-negeri lain di seluruh negara.

Setakat ini Undang-undang seragam tersebut telah berjalan dengan baik dan lancar di semua negeri yang telah menerima pakai undang-undang tersebut tanpa sebarang masalah.Sebarang pindaan terhadap undang-undang tersebut juga hanya boleh dilakukan selepas undang-undang tersebut diterima dan diseragamkan di antara negerl-negeri,

POLEMIK ISU YANG TERLIBAT

Terdapat sekurang-kurangnya 5 Isu kontroversi di dalam Rang undang-undang tersebut sebagaimana yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuashati dengan undang-undang tersebut:­

1. Isu hak suami untuk menuntut bahagian harta isteri yang sedia ada apabila suami tersebut berpoligami.

(The right of husband to claim a share of his existing wife’s property,’ upon his committing polygamy- Husbands have en equal right W a wife’s property, likewise she has a claim to joint property acquired during their marriage.

2. Bahawa undang-undang tersebut menggalakkan dan memudahkan proses poligami untuk kaum lelaki.

(Making polygamy easier for ~man- while a husband may be able to prove that his proposed marriage Is necessary, he does not have to prove it to be just).

3. Isteri harus memilih samada untuk menuntut nafkah atau pembahagian harta sepencarian apabila suami berpoligami

(Forcing a wife to choose either maintenance OR div/c/on of join property upon a husband’s polygamous marriage- syariah law makes it mandatory for husbands to provide maintenance for a wife throughout their marriage. Is/am/c law entitles her to both)

4. Hak suami untuk memfasakhkan pernikahan —(‘Enhancing the husband’s night to divorce- This gives an additional right to divorce for the husband, which used to be the prerogative of the wife, tie may escape paying any form of compensation.)

5. Membolehkan suami mendapatkan perintah Mahkamah bagi menghalang Isteri daripada melupuskan hartanya. (Allowing a husband to get a court older to stop his wife from disposing of her property- The husband has no rights over his wife’s property since she is not obliged to provide maintenance for him or their children. That is his responsibility.)

PERUNTUKAN SEKSYEN DI DALAM UNDANG-UNDANG TERSEBUT YANG BERKAITAN: ~

1. SEKSYEN 23- POLIGAMI

2. SEKSYEN 53- FASAKH

3. SEKSYEN 108- PERINTAH TEGAHAN MELUPUSKAN HARTA SEPENCARIAN

KOMEN/PANDANGAN UMUM BERKAITAN ISU KONTROVERSI TERSEBUT

Pada dasarnya, undang-undang tersebut telah dibahaskan tanpa panduan hukum syara’ malah ianya hanyalah perbahasan “lay man” dan pastinya tafsiran dan pemahamannya adalab terhad. Berbeza sekall pemahaman serta perspektif pengamal undang-undang dan hasrat penggubal undang-undang sendiri yang pandangannya nyata lebih komprehensif dan bermakna.

Secara umumnya, agak mustahil untuk mempunyai sebuah undang-undang Islam yang cacat apatah lagi sebuah undang-undang Islam yang dikatakan tidak memberikan keadilan dan mendiskriminasi kaum wanita dan kanak-kanak. Maish tidak waras juga untuk meluluskan sebuah undang-undang Islam yang kemudiannya diwartakan untuk diseragamkan dl seluruh Negara sekiranya terdapat lacuna di dalarn undang-undang tersebut,

Namun demikian, kita akur dengan kelemahan dan ketidaksempurnaan manusia dan dari segi undang-undang, kepincangan proses penguatkuasaan undang-undang Itu sendiri. Jalan penyelesaianya bukanlah dengan menghentam undang-undang tersebutnya sebaliknya memberikan pendekatan secara proaktif termasuk memberi ruang yang luas untuk proses memahamkan undang-undang tersebut kepada masyarakat.

PENJELASAN BERKAITAN ISU-ISU YANG BERKAITAN.

1. Penjelasan berkaitan dengan isu harta sepencarian.

Definisi harta sepencarian menjadi polemic memandangkan penafsiran terhadap permilikan harta semasa tempoh perkahwinan memberikan hak yang sama kepada kedua-dua pihak untuk membuat tuntutan. Harta Sepencarian adalah tergolong dalam syarikah al-milk (mulk) kerana harta tersebut merupakan percampuran harta yang telah diusahakan bersama oleh kedua-dua suami Isteri,

Kadar pembahagiannya pula hendaklah dibuat berdasarkan sumbangan masing-masing

yang boleh ditentukan berdasarkan sumbangan masing-masing yang boleh ditentukan berdasarkan persetujuan bersama atau pembuktian.

Syarikah al-milk tidak memerlukan sebarang akad. Ciri tersebut wujud pada harta sepencarian kerana tidak pernah wujud dalam perkahwinan suatu aqad antara suami isteri untuk mencampurkan harta mereka dan membahagl keuntungan daripada harta tersebut kerana aqad perkahwinan tidak menjangkau sehlngga mengharuskan pemilikan dan penguasaan ke atas harta pasangan yang dikahwini. Apa yang jelas berlaku ialah kedua-dua isuami isteri bekerjasama untuk menambah harta demi kesenangan hidup bersama.

Sumbangan isteri terhadap harta yang diperolehi dibuat atas dasar kasih sayang, kerjasama dan kerelaan meskipun ia bukan sebahagian daripada kewajipan isteri tersebut.

Perkembangan undang-undang telah menempatkan harta sepencarian dalam peruntukan bertulis dan mengiktlraf sumbnagan plhak-pihak dalam memperolehi hak masing-masing terhadap harta sepencarian dengan memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk mengambil perhatian terhadap tiga elemen utama iaitu harta yang diperolehi bersama oleh suaml isteri, harta yang diperolehi semasa perkahwinan sedang berkuatkuasa dan pembahagian harta mengikut syarat tertentu mengikut hukum syara’.(termsuk usaha tunggal pihak-pihak dan sokongan / dorongan moral,sumbangan terhadap kebajlkan rumahtangga).

Islam memberl taraf tersendiri kepada wanita sebagai feme sole, yang bermakna wanita tersebut berhak memiliki harta di atas namanya sendiri. Dalam masyarakat sekarang, ramal isteri yang bekeria dan pendapatan mereka adalah hak mereka sendiri. Malah dalam isu poligami, suami sama sekali tldak boleh rnenuntut harta sepencarian yang diperolehi daripada pendapatan isteri.

2. Poligami

Isu yang ditimbulkan adalah alasan yang hanya perlu dikemukakan oleh suami apabila hendak berpoligami adalah bahawa perkahwlnan tersebut adalah patut atau perlu dan tidak perlu membuktlkan bahawa perkahwinan tersebut adalah patut dan perlu. Terdapat justiflkasl dan segi hukum syarak bagi isu tersebut khususnya berkaltan dengan konotasi patut atau perlu serta patut dan perlu memandangkan Ia melibatkan situasi yang berbeza dan memerlukan hikmah dalam mendalami isu patut atau perlu tersebut. Adalah tidak wajar meletakkan patut dan perlu dalam keadaan di mana isu utamanya adalah keadaan yang mellbatkan ada keperluan dharuri yang mendesak sedangkan poligami merupakan perkahwinan yang dibenarkan di sisi hukum syarak,

3 Isu samada isterl hanya boleh menuntut nafkah atau harta sepencarian apabila suami berpoligami.

Isu ini telah melibatkan penfaslran yang salah dl dalam peruntukan tersebut sedangkan hakikatnya peruntukan seksyen tersebut dibuat untuk memastikan kaum wanita diberikan hak masing-masing sewajarnya dalam Isu poligami. Sewaktu perbicaraan poligami, Haklm akan meneliti setiap butiran terperinci termasuk jumlah pendapatan Pemohon, bilangan tanggungan dan orang yang akan ditanggung bagi memastikan Pemohon benar-benar berkemampuan dan adil terhadap isteri-isterinya.

Senario yang lazim berlaku di dalam kes permohonan poilgami adalah sepertl berikut:

i. Memeterai penjanjian persetujuan di antara suaml isteri berkaitan Isu nafkah dan pembahagian harta apablia suami mengemukakan permohonan poligaml.

ii. Tiada sebarang permohonan dikemukakan oleh mana-mana pihak untuk permohonan nafkah atau pembahagian harta sepencarian sewaktu permohonan poligami dikemukakan di Mahkamah menyebabkan Mahkamah hanya akan mengeluarkan perintah berdasarkan permohonan Pemohon.

Terdapat banyak pro dan kontra dl dalam peruntukan seksyen ini termasuk kemungkinan suami/isterl akan memindahmilik harta kepada orang lain sebelum ia dibahagikan serta ia dilihat sebagai seksyen yang sangat ketat bagi permohonan poligami. Malah Ia akan mengundang lebih banyak perkahwinan rahsia serta poligaml tanpa kebenaran memandangkan suami merasa terbeban dengan isu pembahaglan harta tersebut.

Namun dari segi kebaikannya pula, ía nyata memberikan hak kepada isteri untuk menuntut pembayaran nafkah yang sewajarnya serta pembahagian harta sepencarian apabila suamii berpoligami.

Frasa atau didalam seksyen 23 (10) tersebut juga telah mengundang salah tafsiran yang membawa Implikasi yang cukup besar sekiranya tidak ditafsirkan dengan jelas oleh penggubal undang-undang. Walaubagaimanapun dari sudut pengamal undang-undang, frasa atau di dalam seksyen tersebut boleh membawa maksud dan bergantung kepada penafsiran Mahkamah dan permohonan pihak-pihak.

4. Hak Suami untuk memohon fasakh di bawah seksyen 53.

Di dalam peruntukan undang-undang yang terdahulu sebelum pindaan, hak untuk memohon fasakh diberikan kepada isteri sepenuhnya. Namun selepas pindaan tersebut dibuat, hak untuk memohon fasakh telah diberikan juga kepada pihak suami.

Tidak timbul isu hak tambahan atau kuasa tambahan untuk menceraikan isterl diberikan kepada suami, sebaliknya ia adalah hak sedia ada untuk keadilan semua pihak dan kuasa mutlak berkaitan talaq masih di tangan suami.

Di bawah peruntukan Seksyen 53 tersebut telah digariskan keadaan-keadaan tertentu bagi membolehkan seorang suami mengemukakan permohonan fasakh tersebut. Rasional serta kewajaran permohonan untuk memfasakhkan perkahwlnan tersebut diberikan kepada suami adalah bergantung kepada keadaan-keadaan yang telah diperuntukkan di bawah seksyen tersebut.

5. Hak suami untuk mendapatkan perintah Mahkamah untuk menghalang isteri daripada melupuskan hartanya.

Isu perintah tegahan melupuskan harta sepencarian ini sebenarnya merungkai kembali isu salah faham terhadap definisi harta sepencarian. Mahkamah atas permohonan mana­mana pihak boleh mengeluarkan peintah tegahan/injunksi menahan suami/isterl daripada melupuskan apa-apa harta yang diperoleh semasa perkahwinan tidak termasuk harta persendirian isteri. Perintah ini terikat dengan prosiding induk dl dalam prosiding hal ehwal suami isteri masih belum selesai di Mahkamah serta prosiding di bawah Seksyen 122 (Harta sepencarian),

Berikut adalah antara cadangan daripada ABIM :-­

1. Mewar-warkan bahawa isu ini memerlukan pemahaman dan penafsiran undang-undang yang mendalam. Perbahasan dan diskusi serta pandangan yang dilontarkan harus berpaksikan kepada hukum syarak dan bukannya pandangan sembrono. Perlu diingat, undang-undang yang sedang dibahaskan adalah undang-undang Islam, hukum syara’ dan Divine Law yang memerlukan individu-individu yang berkelayakan sahaja untuk membicarakan undang-undang tersebut.

2. Bahawa proses penyeragaman undang-undang Islam di seluruh Negara telah diputuskan dlpersetujui di dalam Majlis Persidangan Raja-Raja Melayu untuk memartabatkan undang-undang Islam. Ia adalah rentetan daripada cadangan penyeragaman undang-­undang Islam di seluruh Negara demi keadilan sejagat.


3. Memahamkan masyarakat tentang proses undang-undang yang berlaku adalah mengikut kelaziman undang-undang yang sah untuk diluluskan. Sebarang pindaan hanya boleh dibuat selepas undang-undang tersebut diluluskan.

4. Menganjurkan persidangan meja Bulat/Diskusi memahami undang-undang tersebut dengan menjadikan Majlis Komuniti Syariah sebagai teraju utama dalam memahamkan masyarakat berkaitan isu-tersebut.

5. Menganjurkan kepentlngan serta kepertuan legal literacy di kalangan rnasyarakat.

Isu Penyeragaman Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005

Isu Penyeragaman Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 telah mengundang pelbagai polemik perdana. Bermula dengan bantahan secara rasmi yang dikemukakan oleh sekumpulan NGO wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan seterusnya diikuti oleh perbahasan hangat dan runtunan emosi sebilangan Ahli Parlimen dan Senator wanita di dalam Parlimen.

Tidak dinafikan bahawa pihak yang berwajib telah mengutarakan premis serta rasional masing-masing dalam melenturkan ketegangan yang sedang memuncak bagi mengimbangi desakan serta rasional pindaan tersebut dibuat. Terdapat sekurang-kurangnya lima isu kontroversi terhadap pindaan undang-undang tersebut yang ditimbulkan oleh pihak JAG yang selanjutnya berpegang bahawa undang-undang tersebut nyata tidak adil serta mendiskriminasi kaum wanita. Apa saja undang-undang yang diperuntukkan untuk kebaikan dan mampu memberikan keadilan untuk kaum wanita berdasarkan ketetapan agama perlu diberi sokongan.


Terdapat lima perkara yang dibangkitkan di dalam memorandum yang dibentangkan oleh NGO terbabit iaitu:-

  • Seksyen 23(9)(b) : Hak suami untuk menuntut harta sepencarian daripada bahagian harta isterinya apabila dia berpoligami;
  • Seksyen 23(3) dan 23(4)(a) : Menjadikan poligami lebih senang terhadap lelaki;
  • Seksyen 23(9): Memaksa isteri memilih nafkah ATAU pembahagian harta sepencarian apabila suami berpoligami;
  • Seksyen 52(1) : Melanjutkan hak fasakh seorang isteri kepada suaminya;
  • Seksyen 107 A: Suami boleh memohon kepada Mahkamah untuk menahan/menegah isteri memindahkan hartanya sendiri.

Perkara yang diutarakan tersebut nyata tidak berdasarkan maklumat yang tepat apatah lagi memenuhi intipati hukum syara’.

Isu penyeragaman undang-undang Islam ini bukanlah isu yang baru memandangkan penegasan tersebut telah dibuat berdasarkan persetujuan Majlis Raja-Raja pada tahun 2001 berdasarkan keperluan semasa. Model Undang-undang Keluarga Islam tersebut telah melalui beberapa peringkat evolusi sebelum diperkenalkan dan dilaksanakan di beberapa buah negeri di Malaysia termasuk Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak. Walaupun terdapat beberapa negeri yang masih belum menerima pakai model Undang-undang seragam tersebut namun pelaksanaannya di negeri-negeri lain yang terlebih dahulu melaksanakan undang-undang seragam tersebut nyata berjalan dengan baik dan teratur.

Peruntukan berkaitan dengan poligami ibarat bom jangka, jika tidak diatur dengan baik akan memberi persepsi dan pandangan yang kurang baik pada undang-undang ini. Di dalam peruntukan Seksyen 23 tersebut telah memperuntukkan bidangkuasa baru bagi Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan kes tuntutan harta sepencarian ketika ikatan perkahwinan masih terjalin dan dalam waktu yang sama, suami mengemukakan permohonan poligami. Pindaan ini dibuat demi untuk memelihara harta mutlak isteri serta harta sepencarian yang diperolehi secara bersama dalam tempoh perkahwinan tersebut daripada disalahgunakan oleh pihak suami untuk kepentingan dirinya. Ini bermakna hak dan kepentingan isteri pertama nyata diutamakan dalam keadaan tersebut. Apa yang saya ingin tegaskan adalah bahawa pihak-pihak perlu terlebih dahulu memahami maksud harta sepencarian dan hak masing-masing terhadap harta sepencarian tersebut berdasarkan sumbangan masing-masing dan pembuktian di Mahkamah Syariah. Tidak timbul lansung isu harta isteri yang lain akan dituntut oleh suami memandangkan Islam telah memberi pengiktirafan terhadap kaum wanita untuk memiliki harta sendiri secara mutlaq sebagai feme sole. Segala harta yang dimiliki, diperoleh, diusahakan dan harta yang diberikan kepada wanita tersebut adalah menjadi haknya sendiri. Malah suami juga sama sekali tidak boleh membuat tuntutan terhadap harta yang telah dihibahkan kepada isteri memandangkan ianya tidak termasuk di dalam definisi harta sepencarian dan pemberian secara hibah merupakan pemberian secara total dan tidak boleh dituntut semula.

Tidak perlu curiga dengan istilah gender neutral yang merujuk kepada konotasi “mana-mana pihak” memandangkan di dalam isu pembahagian harta sepencarian, ternyata suami dan isteri mempunyai hak masing-masing berdasarkan sumbangan serta pembuktian yang jelas terhadap harta tersebut. Malah undang-undang yang sedia ada sememangnya telah mengiktiraf hak serta sumbangan baik isteri mahupun suami di dalam harta sepencarian tersebut berdasarkan kes Noh Bin Atan v. Shakila binti Mohamad (1998) 12 JH 27. Nah, sekiranya undang-undang Islam hanya memberikan hak kepada wanita sahaja apakah ia selayaknya dipanggil undang-undang Islam yang terkenal dengan keadilan dan kesaksamaan untuk semua pihak termasuk untuk lelaki dan wanita?

Selanjutnya berkaitan dengan dakwaan bahawa terdapat peruntukan yang memaksa isteri memilih nafkah atau pembahagian harta sepencarian apabila suami berpoligami adalah tidak benar sama sekali. Malah ia merupakan intepretasi yang cukup mengelirukan dan terpesong dari hasrat sebenar penggubal undang-undang tersebut. Premis saya kali ini kembali berpasak kepada maqasid syariah dan secara tegasnya peruntukan tersebut menyatakan bahawa bidang kuasa Mahkamah atas permohonan mana-mana pihak dalam perkahwinan itu ketika perkahwinan poligami suami di hadapan Mahakmah ke atas suatu perintah nafkah yang boleh dikenakan ke atas suami yang memohon poligami itu kepada isterinya yang ada. Malah Mahkamah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya apa-apa asset yang diperolehi oleh pihak berkenaan dalam masa perkahwinan suami isteri itu sebelum poligami dibahagikan di antara mereka.

Tidak timbul sama sekali isu bahawa perkataan “atau” yang dimaksudkan menjurus secara paksa agar isteri memilih diantara nafkah atau harta sepencarian. Malah sekali lagi perkataan yang digunakan adalah merujuk kepada permohonan “mana-mana pihak” iaitu samada suami atau isteri. Perlu diingat di dalam pembacaan peruntukan undang-undang, frasa “dan” dan “atau” mempunyai justifikasinya sendiri mengikut perspektif undang-undang. Perkataan “atau” di dalam seksyen tersebut tidak membwa maksud salah satu untuk memberikan ruang yang lebih fleksibel kepada isteri untuk memohon salah satu atau kedua-duanya sekali dan berdasarkan senario semasa setiap kes. Malah jika perkataan “dan” diletakkan untuk menggantikan perkataan “atau”, ia akan lebih mencelarukan keadaan terutama bagi suami yang tidak mempunyai harta sepencarian sedangkan maksud “dan” membawa implikasi wajib di sisi undang-undang.

Peruntukan undang-undang berkaitan dengan poligami juga dilihat sebagai semakin ketat dan bukannya lebih senang sebagaimana di dakwa. Malah mereka sepatutnya berterima kasih dan menarik nafas lega memandangkan dengan adanya undang-undang yang lebih ketat terhadap permohonan poligami yang lebih menjamin keadilan dan hak wanita di sisi undang-undang. Buat kaum lelaki, dengan ketatnya undang-undang poligami tersebut tidak bermakna ia merupakan ketidakadilan atau diskriminasi terhadap anda, tetapi lebih kepada pindaan kepada undang-undang yang lebih teratur supaya anda lebih bertanggungjawab dan mampu memberikan keadilan kepada isteri yang sedia ada dan bakal isteri. Berpoligami sama sekali tidak menyalahi hukum syara’ namun ia harus ditangani dengan rasional bukan emosi, penuh hikmah dan tauladan menjunjung keadilan agar terus berkekalan.

Undang-undang berkaitan poligami tersebut nyata lebih tersusun apabila Mahkamah berhak memanggil isteri sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan mana-mana orang lain yang berkenaan untuk memberi keterangan bersabit dengan permohonan poligami suami tersebut. Moga tiada kejadian yang buruk akan berlaku sewaktu perbicaraan poligami tersebut memandangkan semua pihak terbabit akan dipanggil untuk menyatakan hak dan keperluan masing-masing.

Dalam masa yang sama terdapat pihak yang tidak berpuashati terhadap empat syarat yang harus dipatuhi oleh suami tersebut berdasarkan pindaan peruntukan undang-undang tersebut khususnya bagi frasa “patut atau perlu” dan ia sepatutnya dibaca sebagai “patut dan perlu”. Sekali lagi perbahasan ditumpukan terhadap frasa ‘dan” serta “atau”. Implikasinya berbeza dan justifikasinya jelas dan rasional. Sekali lagi perlu dipertegaskan bahawa perkahwinan poligami adalah perkahwinan yang diiktiraf oleh hokum syara’ dan sedikit sebnayak melibatkan soal hati dan perasaan. Peruntukan undang-undang telah meletakkan perkataan “patut atau perlu” dan bukannya “patut dan perlu” bagi suami sewaktu memohon poligami harus dilihat dari perspektif yang berbeza. Secara jujurnya memang wujud keadaan patut atau perlu tersebut apabila dalam keadaan seorang suami yang mempunyai pendapatan yang rendah tidak patut berkahwin lain berdasarkan ketidakmampuannya, tetapi dia mungkin perlu untuk beristeri lagi jika isteri pertamanya tidak mampu melaksanakan kewajipan rumahtangganya termasuk menunaikan nafkah batin atau sekiranya isteri pertamanya mempunyai kecacatan fizikal seperti lumpuh anggota badan. Kes Aishah lwn Wan. Mohd Yusof (1990) 7 JH 152 tidak hanya menumpukan kepada isu serta syarat keperluan atau kepatutan tersebut sahaja malah Mahkamah membuat keputusan setelah meneliti keempat-empat syarat tersebut yang perlu dibuktikan satu persatu oleh suami tersebut. Ada baiknya juga untuk terus tidak mengundang polemic yang berterusan, perkataan yang membawa hasrat sebenar iaitu “adil” diletakkan bagi menggantikan perkataan “patut atau perlu” tersebut.

Berdasarkan hukum syara’ tuntutan fasakh juga boleh dibuat oleh pihak suami untuk membubarkan sesebuah perkahwinan. Tidak timbul sama sekali bahawa fasakh merupakan hak isteri secara tradisinya dan dengan pindaan undang-undang yang membolehkan suami membuat tuntutan fasakh seolah-olah memberikan hak yang baru kepada suami selepas kuasa menjatuhkan talaq. Sekali lagi peruntukan berkaitan dengan permohonan faskah oleh suami atau isteri tersebut perlu diperhalusi dan dibuktikan di hadapan Mahkamah.Ia bukanlah kuasa baru yang diberikan kepada suami untuk menambah haknya untuk memfasakhkan perkahwinan selepas mempunyai kuasa terhadap talaq. Perlu diingat hak talaq adalah hak mutlaq di tangan suami dan mempunyai kesan serta implikasi dari segi bilangan talaq dan tuntutan selepas perceraian di mana suami berkewajipan untuk melunaskan tanggungjawab terhadap tuntutan selepas perceraian tersebut kepada isteri termasuk nafkah dan harta sepencarian. Manakala fasakh melibatkan pembuktian yang ketat dengan kewujudan aib di pihak suami atau isteri, umpamanya suami atau isteri yang telah menghilangkan diri dalam tempoh yang panjang tanpa sebarang makluman dan setelah dibuktikan fakta tersebut,maka mahkamah akan memfasakhkan perkahwinan tersebut. Adalah tidak adil bagi isteri untuk membuat sebarang tuntutan sedangkan perkahwinan tersebut telah dibubarkan kerana keaibannya sendiri.

Berkaitan isu peruntukan yang membolehkan mana-mana pihak untuk menghalang suami atau isterinya daripada melupuskan harta juga melibatkan pembuktian yang ketat dan prosedur yang kemas dan teratur. Malah harta yang berkaitan sahaja seperti harta sepencarian yang boleh dihalang dari dilupuskan dan ia tidak melibatkan harta milik persendirian isteri. Beban pembuktian yang ketat di letakkan ke atas pihak yang membuat permohonan injunksi menghalang harta tersebut ditegah daripada dilupuskan. Malah ia juga melibatkan prosedur yang teratur di bawah Akta Tatacara Mal dan pembuktian sebagaimana yang digariskan di dalam Akta Keterangan Syariah.

Mana mungkin Undang-undang Keluarga Islam tersebut dibaca bersendirian tanpa pembacaan selari dengan peruntukan di dalam akta-akta yang lain. Inilah hakikat perspektif undang-undang yang sedikit sukar bagi orang biasa untuk memahaminya apatah lagi jika dinilai tanpa sebarang latarbelakang perundangan dan sandaran hukum syara’ yang kukuh.

Namun begitu antara kesan langsung dari isu tersebut memberi persepsi negatif terhadap Institusi Kehakiman Syariah Negara termasuk kritikan dan kecaman yang mengatakan Mahakamah Syariah tidak berlaku adil terhadap kaum wanita. Kelemahan dari segi sistem dan ketidakcekapan pengurusan mungkin kita boleh persoalkan tetapi jangan terus sembrono membuat kesimpulan bahawa Mahkamah Syariah menzalimi wanita.

Kita percaya ramai wanita yang telah dibela nasib mereka di Mahkamah Syariah dan mendapat hak masing-masing mengikut peruntukan undang-undang dan hukum syara’ tanpa menafikan terdapat segelintir wanita yang masih bergelut untuk mendapatkan keadilan bagi pihak diri mereka sendiri. Adakalanya kita terlalu ghairah dan cukup emosi untuk mendapatkan keadilan tanpa berfikir panjang dengan penuh kewarasan. Malangnya kita juga tidak melalui proses dan tatacara yang teratur menyebabkan kita merasakan keadilan tidak berpihak kepada kita dan hak kita telah dizalimi. Tiada halangan untuk kita membuat permohonan sendiri dan mewakili diri sendiri tetapi sekali lagi saya pasti tidak semua wanita arif dan selayaknya mempunyai latar belakang perundangan yang mencukupi untuk memahami prosedur dan tatacara perjalanan Mahkamah termasuk proses pembuktian di Mahkamah Syariah. Sebab itulah adakalanya kita berhadapan dengan mehnah seperti kes tertangguh dan lewat buat sekian lamanya, kes dibuang dan perintah interim dan injunksi diluar jangkaan.

Di dalam menjalani prosiding Mahkamah, seseorang itu perlu mahir berhujah dengan kebenaran serta fakta yang lengkap malah perlu jelas dengan permohonan yang dibuat di hadapan Mahkamah. Namun demikian tidak semua wanita berkeupayaan bertindak secara bersendirian begitu, dan memerlukan bantuan orang lain yang lebih mahir dan berkelayakan untuk membantu wanita dalam mengemukakan permohonan mereka di mahkamah iaitu Peguam Syarie. Tuntutan ini selaras dengan nasihat serta pandangan Rasulullah SAW yang bersabda,” Sesungguhnya aku ini seorang manusia, kamu datang mengadu pertikaian kamu kepada ku. Dan boleh jadi di kalangan kamu ada yang lebih petah dalam menghuraikan hujahnya daripada yang lain. Aku hanya memutuskan perkara yang dipertikaikan menurut apa yang aku dengar daripada keterangannya kerana pandainya ia memberi keterangan dan aku hukumkan baginya sesuatu daripada hak saudaranya bermakna aku telah memberikan kepadanya sepotong api neraka”

Hadis tersebut jelas menggambarkan keperluan untuk berhujah dengan kebenaran serta membayangkan bahawa jika seseorang tidak berkemampuan untuk berhujah dengan baik maka dia boleh melantik wakli. Di sinilah timbulnya konsep wakil dalam pertikaian yang diiktiraf oleh hukum syara’ iaitu al-Wakalah bi al-Khusumah.

Yang Arif Hakim juga mempunyai perkiraan dan pertimbangan serta budi bicaranya yang tersendiri berdasarkan peruntukan undang-undang dan sandaran hukum syara’. Barang diingat Yang Arif Hakim Syarie juga mendengar dan memutuskan sesebuah kes secara zahiri yakni yang jelas serta terang dari segi permohonannya dan pembuktiannya dan Allah SWT yang akan menghakimi secara tersiratnya. Malah Rasulullah Saw pernah memberi ingatan kepada para hakim agar berhati-hati dalam membuat keputusan dengan bersabda bahawa “Qadi terbahagi kepada tiga bahagian, dua masuk neraka dan satu masuk syurga. Yang Masuk syurga ialah qadi yang mengetahui kebenaran dan menghukumkan dengannya. Yang masuk neraka ialah qadi yang mengetahui mana yang benar dan hak tetapi tidak menghukum dengannya dan zalim dalam hukumannya, maka ia masuk neraka. Dan qadi yang tidak mengetahui yang hak, lalu ia menghukum manusia berdasarkan kejahilannya, maka ia juga akan masuk neraka.”

Ini bermakna integriti dan kredibiliti Peguam Syarie dan Yang Arif Hakim Syarie cukup tinggi apatah lagi profesion tersebut wujud di dalam sebuah institusi kehakiman syariah yang berlandaskan hukum syara’ serta paksi wahyu ilahi. Penegasan juga harus ditekankan bahawa isu yang melibatkan agama Islam tidak boleh dibahaskan secara terbuka oleh semua pihak apatah lagi oleh orang yang bukan Islam yang boleh menjejaskan nama baik dan maruah Islam itu sendiri.

Kita menggesa agar lebih banyak usaha dibuat untuk memahamkan masyarakat tentang isu penyeragaman dan pindaan undang-undang tersebut serta menyedarkan kaum wanita secara khususnya tentang keperluan celik undang-undang syariah bagi mengelakkan kekeliruan di dalam masyarakat sekaligus memastikan proses keadilan berlangsung dengan sempurna dan saksama untuk semua pihak. Keadilan sejagat yang kita perjuangkan bukannya keadilan untuk kepentingan diri sendiri tetapi merangkumi keadilan untuk semua pihak sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam dan justifikasi keadilan itu hanya berlaku apabila kita meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya.

Puan Fadhlina Siddiq